1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau Setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran:-
1. Menghasilkan lukisan kerja senibina yang menepati kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan,
2. Menghasilkan lukisan persembahan senibina,
3. Menghasilkan model bangunan bagi tujuan persembahan, dan
4. Menghasilkan model 3D bangunan (BIM).
Sijil Teknologi Senibina dijangka dapat melahirkan pelajar-pelajar berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi kehendak industri dalam kerjaya seperti berikut:
Pelukis pelan senibina
Pelukis pelan kejuruteraan
Juruteknik bangunan
Pembuat model bangunan
Penyelia tapak pembinaan
BIM modeler
Menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara.
Program Sijil Teknologi Senibina percaya setiap individu berpotensi sebagai pakar bidang teknologi senibina yang profesional dan usahawan berjaya bagi menyokong dasar kerajaan dalam melahirkan tenaga mahir negara untuk bekerja secara profesional seterusnya memperkasakan industri ke peringkat antarabangsa.