Kolej Komuniti Segamat 2 telah beroperasi pada 01 MAC 2003 di kampus sementara iaitu di Sek. Men. Keb. Seri Jementah. Pada pertengahan bulan MAY 2005 Kolej Komuniti Segamat 2 telah berpindah di kampus tetap yang beralamat KM.4, Jalan Jementah, 85000, Batu Anam, Segamat, Johor. Kolej ini menawarkan pengajian peringkat Sijil dalam bidang Teknologi Elektrik, Teknologi Maklumat dan Teknologi Senibina serta satu kursus Diploma iaitu Teknologi Solar Fotovoltan. Selain itu, kursus pendek juga ditawarkan kepada komuniti setempat dengan pelbagai jenis kursus menarik.
Kolej Komuniti Segamat 2 ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula Kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yanbg ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.