PROJEK TADAHAN AIR 2025
Progres Gerak Kerja
Projek Tadahan Air, Pengurusan Air (BT5)
Bermula Jun - Ogos 2025
Projek Tadahan Air & Pengurusan Air (BT5) dilaksanakan sebagai inisiatif kelestarian bagi mengoptimumkan penggunaan sumber air di institusi. Projek ini merangkumi pemasangan sistem tadahan air hujan, penyimpanan, serta pengurusan penggunaan air secara lebih berkesan
Kelebihan Projek :
• Menjimatkan Kos Operasi
Mengurangkan bil air utiliti dengan menggunakan air hujan sebagai sumber alternatif.
• Mesra Alam & Lestari
Menyokong amalan hijau dengan mengurangkan kebergantungan kepada sumber air terawat.
• Sumber Air Alternatif
Air tadahan boleh digunakan untuk penyiraman landskap, pembersihan kawasan, dan kegunaan bukan minuman lain.
• Pengurangan Risiko Banjir Kilat
Sistem tadahan membantu mengawal aliran air hujan secara terkawal.
• Projek Berimpak Tinggi
Menjadi contoh terbaik kepada warga institusi dalam mempraktikkan amalan kelestarian.


















Wall of Fame merupakan platform penghargaan yang diwujudkan di institusi bagi meraikan pencapaian pelajar, staf, dan komuniti kampus. Ia merupakan simbol pengiktirafan dan motivasi berterusan kepada semua warga
Kelebihan Wall of Fame :
Menghargai Pencapaian
Memberi pengiktirafan rasmi kepada individu atau pasukan yang berjaya, sekali gus meningkatkan rasa bangga dan kepuasan.
Membina Motivasi
Menjadi sumber inspirasi kepada warga kampus lain untuk berusaha mencapai kecemerlangan.
Mengukuhkan Identiti Institusi
Mencerminkan budaya positif dan semangat “celebrating success” yang menjadi imej kebanggaan institusi.
Menggalakkan Persaingan Sihat
Mewujudkan suasana kompetitif yang sihat dalam kalangan pelajar dan staf untuk sentiasa memberikan yang terbaik.
Meningkatkan Reputasi
Menjadi tarikan kepada pelajar baharu dan pengunjung luar kerana menonjolkan kejayaan institusi secara terbuka.
Wall of Fame bukan sekadar dinding, tetapi simbol kecemerlangan dan semangat kampus yang sentiasa meraikan pencapaian bersama.
PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN WALL OF FAME KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2










Wall of Fame merupakan platform penghargaan yang diwujudkan di institusi bagi meraikan pencapaian pelajar, staf, dan komuniti kampus. Ia merupakan simbol pengiktirafan dan motivasi berterusan kepada semua warga
Kelebihan Wall of Fame :
Menghargai Pencapaian
Memberi pengiktirafan rasmi kepada individu atau pasukan yang berjaya, sekali gus meningkatkan rasa bangga dan kepuasan.
Membina Motivasi
Menjadi sumber inspirasi kepada warga kampus lain untuk berusaha mencapai kecemerlangan.
Mengukuhkan Identiti Institusi
Mencerminkan budaya positif dan semangat “celebrating success” yang menjadi imej kebanggaan institusi.
Menggalakkan Persaingan Sihat
Mewujudkan suasana kompetitif yang sihat dalam kalangan pelajar dan staf untuk sentiasa memberikan yang terbaik.
Meningkatkan Reputasi
Menjadi tarikan kepada pelajar baharu dan pengunjung luar kerana menonjolkan kejayaan institusi secara terbuka.
Wall of Fame bukan sekadar dinding, tetapi simbol kecemerlangan dan semangat kampus yang sentiasa meraikan pencapaian bersama.
PROGRAM CARBON FREE CHALLENGE












Program Carbon Free Challenge Kolej Komuniti Segamat 2 ialah satu inisiatif daripada Unit Smartgreen KKS2 dengan kerjasama Unit Sukan & Kebudayaan KKS2 yang direka untuk menggalakkan Warga KKS2 mengurangkan pelepasan karbon mereka demi menjaga alam sekitar dan menangani perubahan iklim. Oleh itu, inisiatif Program 3000 langkah telah dijalankan bagi memperkukuhkan program ini.
Berikut adalah objektif dan kesan positif program ini:
Objektif Program Carbon Free Challenge:
🎯 Meningkatkan kesedaran awam mengenai kesan perubahan iklim dan pelepasan karbon.
🎯 Menggalakkan amalan mesra alam dalam kehidupan seharian seperti mengurangkan penggunaan plastik, tenaga, dan bahan api fosil.
🎯 Mendorong perubahan gaya hidup ke arah yang lebih mampan dan lestari.
🎯 Menyokong agenda kelestarian negara dan matlamat pembangunan mampan (SDG).
🎯 Melatih komuniti dan organisasi untuk mengira dan menjejak jejak karbon mereka.
Kesan Positif Program:
✅ Pengurangan jejak karbon individu dan komuniti
✅ Melalui aktiviti seperti berkongsi kenderaan, berbasikal, menanam pokok, dan mengurangkan penggunaan elektrik.
✅ Pemuliharaan alam sekitar
✅ Menurunkan pencemaran udara, memperbaiki kualiti air dan udara, serta melindungi biodiversiti.
✅ Kesedaran dan pendidikan alam sekitar meningkat
✅ Masyarakat lebih peka terhadap kesan aktiviti harian terhadap alam sekitar dan mula mengamalkan tabiat hijau.
✅ Penjimatan kos tenaga dan sumber
✅ Penggunaan tenaga secara bijak dapat mengurangkan bil elektrik dan penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui.
✅ Penglibatan komuniti dan semangat kerjasama
✅ Program seperti ini sering melibatkan aktiviti berkumpulan yang mengeratkan hubungan masyarakat.
✅ Menyumbang kepada matlamat iklim global
✅ Seiring dengan Perjanjian Paris dan usaha mengurangkan pemanasan global di bawah 1.5°C.
✅Menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki secara konsisten.
✅Mengurangkan kadar obesiti, diabetes, hipertensi dan penyakit tidak berjangkit lain.
✅Meningkatkan kualiti hidup dengan mengurangkan tekanan, kebimbangan dan kemurungan.
✅Memupuk budaya bersenam secara berterusan dalam kalangan komuniti dan organisasi.
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI GOTONG-ROYONG JALAN ANGKAT KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2, HADAPAN SHELL HINGGAN JAMBATAN PUTUS BULOH KASAP (Z0N B-13) TAHUN 2025











Tarikh: 7/2/2025 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Penglibatan: 10 orang pelajar DTS bersama Pegawai Pengiring, Puan Faizatul Noor
RAMADHAN LESTARI : PUASA DAN ALAM SEKITAR

Sempena bulan ramadhan yang penuh mulia ini, Jawatankuasa Kampus Hijau dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Perak menjemput Tuan/Puan menghadiri satu sesi perkongsian ilmu agama bertajuk:
*Ramadhan Lestari: Puasa dan Alam Sekitar*
Tarikh: Mac 13, 2025
Masa: 9.00 – 10:30 pagi
Link:
Google Meet
Video call link: https://meet.google.com/wwa-yoyw-hrb
Or dial: (US) +1 502-625-5504 PIN: 929 501 124 #
More phone numbers: https://tel.meet/wwa-yoyw-hrb?pin=4109204214552
🌏Penceramah Jemputan : *Ustaz Nawawi Bin Abdul Rahman* (UHEI, UiTM Cawangan Perak)
🌏Moderator: *IDr Dr Othman Bin Mohd Nor* (JK Kampus Hijau, UiTM Cawangan Perak)
Semua dijemput hadir memeriahkan program.
Jam latihan disediakan
Ramadhan Kareem:
JK Kampus Hijau (Unit 5: Green Education and Awareness)
UiTM Cawangan Perak
JOM JIMAT ELEKTRIK 2025

Kempen Penjimatan Tenaga Elektrik Kolej Komuniti Segamat 2 (Jom Jimat Elektrik).
Kempen anjuran Unit Smartgreen PolyCC Kolej Komuniti Segamat 2 ini diadakan sepanjang tahun 2025 bagi memastikan usaha mewujudkan amalan penjimatan elektrik serta aktiviti 'Go Green' dalam kalangan kakitangan Kolej Komuniti Segamat 2.
‘’Selamatkan Bumi Dengan Penjimatan Elektrik’’🌏
"Andalah Adiwira Bumi"🦸
WEBINAR RAMADHAN LESTARI


Sempena bulan ramadhan yang penuh mulia ini, Jawatankuasa Kampus Hijau dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Perak menjemput Tuan/Puan menghadiri satu sesi perkongsian ilmu agama bertajuk:
*Ramadhan Lestari: Puasa dan Alam Sekitar*
Tarikh: Mac 13, 2025
Masa: 9.00 – 10:30 pagi
Link:
Google Meet
Video call link: https://meet.google.com/wwa-yoyw-hrb
Or dial: (US) +1 502-625-5504 PIN: 929 501 124 #
More phone numbers: https://tel.meet/wwa-yoyw-hrb?pin=4109204214552
Penceramah Jemputan : *Ustaz Nawawi Bin Abdul Rahman* (UHEI, UiTM Cawangan Perak)
Moderator: *IDr Dr Othman Bin Mohd Nor* (JK Kampus Hijau, UiTM Cawangan Perak)
Semua dijemput hadir memeriahkan program.
Jam latihan disediakan
Ramadhan Kareem:
JK Kampus Hijau (Unit 5: Green Education and Awareness)
UiTM Cawangan Perak
PERTANDINGAN TEMPAT KERJA HIJAU 2024


















MURAL & LANSKAP








MURAL & LANSKAP
Tarikh : 31 Julai hingga 3 Ogos 2023
Nama : Projek Lanskap dan Mural
Tempat : Student Centre Blok C
Lukisan dinding atau dikenali sebagai mural tidak lagi dilihat sebagai aktiviti ‘berniat jahat’ memandangkan ia menjadi gaya terkini untuk menarik perhatian orang ramai mengunjunginya. Malah, kebanyakan pemilik premis yang menjalankan perniagaan melihat lukisan mural antara cara memasarkan produk atau jenama mereka kepada khalayak. Ruang dinding yang bersesuaian dengan lokasi dilukis dengan motif yang menarik dan mengikut tema. Tema yang dipilih adalah di lokasi Student centre Blok C ini adalah Alam Semula jadi. Mural ini diharapkan mampu menjadi kempen kesedaran kepada orang ramai untuk memahami sesuatu perkara contohnya mengenai kepentingan menghargai alam semula jadi dan memulihara hidupan liar yang semakin terancam.
Ruang ini menempatkan tempat jualan keusahawanan pelajar dengan menggunakan PitStop Solar sebagai ruang perniagaan. Tempat asas pembangunan Hybrid TVET menggabungkan bidang kemahiran pelajar- pelajr KKS2 iaitu Diploma Solar, Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Teknologi Senibina dan Sijil Teknologi Maklumat. Kewujudan kawasan yang mempunyai mural memiliki aura tersendiri untuk menarik perhatian pengunjung komuniti setempat terutama remaja kerana ia kelihatan lebih santai dan mendamaikan apabila disulamkan dengan Landskap yang menarik.
PROGRAM JALAN ANGKAT
Tarikh : 19 Mac 2023 (Ahad)
Nama : Program Jalan Angkat B-15
Tempat : Kawasan hadapan stesen minyak Shell Buluh Kasap hingga Jambatan Putus
Penyertaan : Sukarelawan Staf, Pensyarah dan Pelajar KKS2
Program Jalan Angkat Majlis Perbandaran Segamat Kumpulan ke dua, Lokasi Jalan Angkat Kolej Komuniti Segamat 2 adalah Jalan B-15 (kawasan bermula daripada Stesen minyak Shell hingga Jambatan Putus Buloh Kasap. Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Rasyidi & En. Asyraf bersama 10 orang sukarelawan Kolej Komuniti Segamat 2 yang terdiri daripada pelajar kerana menyertai program pada hari ini













PROGRAM JALAN ANGKAT
Tarikh : 29 Januari 2023 (Ahad)
Nama : Program Jalan Angkat B-15
Tempat : Kawasan hadapan stesen minyak Shell Buluh Kasap hingga Jambatan Putus
Penyertaan : Sukarelawan Staf, Pensyarah dan Pelajar KKS2
Ringkasan :
Program Jalan Angkat Daerah Segamat yang telah berlangsung pada hari ini 29 Januari 2023 (Ahad) merupakan satu program Kolaborasi bersama Agensi Kerajaan dan Swasta yang melibatkan Jalan Persekutuan, Negeri dan Perbandaran yang menjadi tempat tumpuan awam. Kolej Komuniti Segamat 2 telah dilantik dan bersama-sama pihak Majlis Perbandaran Segamat (MPS) perlu memastikan kebersihan persekitaran Jalan Angkat tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. Bermula Januari 2023 Kolej Komuniti Segamat 2 akan komited menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Lokasi Jalan Angkat Kolej Komuniti Segamat 2 adalah Jalan B-15 (kawasan bermula daripada Stesen minyak Shell hingga Jambatan Putus Buloh Kasap. Tahniah dan syabas diucapkan kepada 10 orang sukarelawan Kolej Komuniti Segamat 2 yang terdiri daripada Pensyarah dan kakitangan kerana menyertai program pada hari ini.
10 Sukarelawan Program Jalan Angkat B-15 bulan Januari 2023 adalah :
1. Norhazlina Binti Sahari
2. Nurzaima binti Mahmod
3. Zaharludin Bin Abdullah
4. Siti Rohayu bt Jelani
5. Nur Yusma Amira Yusof
6. Siti Nurr Hidayah Binti Mohd Sanif
7. Norhafizai Binti Md Nor
8. Datin Sakinah Binti Mupit
9. Ahmad Shawal Bin Ali
10. Zaini Bin Kadir
PROGRAM JOM JIMAT ELEKTRIK
PROGRAM JOM TAPAU
Unit Jawatankuasa Green menyeru semua warga kampus untuk menyahut cabaran Kempen #JomTapau. Kempen ini bertujuan membudayakan sikap tidak membazir serta mengurangkan penjanaan sisa pepejal dalam kalangan warga kampus. Ia juga selaras dengan seruan Menteri Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui transformasi Blueprint SmartGreen Polytechnic Community College.
Objektif Program
• Mengurangkan penggunaan beg plastik, polisterin, dan bekas minuman plastik.
• Mengurangkan jumlah penghasilan sampah di institusi, rumah, dan tapak pelupusan.
Cara Tapau yang Disarankan
• Sediakan bekas makanan dari rumah.
• Bawa bekas ke gerai makanan.
• Letakkan makanan ke dalam bekas sendiri.
• Bawa pulang dengan selamat.
• Hidangkan makanan di rumah.
• Basuh semula bekas dengan bersih untuk digunakan kembali.
Manfaat Program
• Mengurangkan pencemaran dengan menghindari penggunaan beg plastik, polisterin, dan bekas minuman plastik sekali guna.
• Menjimatkan perbelanjaan dengan had bekas yang dibawa – sekaligus mengelakkan pembaziran makanan.
• Membantu mendidik diri agar berbelanja mengikut keperluan – lebih jimat, lebih bijak.




PEMBENTANGAN PENULISAN HIJAU POLYCCSUSTAWARD 2025
Keberkesanan Kempen Hari-hari Tanpa Plastik dalam Kalangan Warga Kolej Komuniti Segamat 2









