MCCSustAWARD24
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ฐ๐๐ซ๐๐๐๐๐)
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก diucapkan kepada ๐๐ฆ๐๐ซ๐ญ๐๐ซ๐๐๐ง Kolej Komuniti Segamat 2 diatas penganugerahan yang diperolehi bersempena dengan MPCCSustAWARD23. Berikut adalah anugerah-anugerah yang dimenangi:-
1) Pengurusan Sisa Kategori Kolej Komuniti | ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐
4) Anugerah Penulisan Hijau Kolej Komuniti (Ts. Zarulrizam bin Ab Jalil) | ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ ๐๐๐ฅ๐ข๐ฆ๐
Komitmen dan sokongan dari semua warga KKS2 memberi impak yang Positif bagi kemenangan ini. Diharap kemenangan ini menjadi penyuntik semangat buat semua warga KKS2 untuk terus mengamalkan penjimatan ke arah kelestarian negara.
Majlis Perasmian Penutup MPCCSustAward2024 telah ini telah disempurnakan oleh ๐๐๐ซ๐ฌ. ๐๐ฌ. ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ข๐ง ๐๐ข๐ง ๐๐๐ฎ๐, ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก (๐๐จ๐ฏ๐๐ซ๐ง๐๐ง), ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐๐ค๐ง๐ข๐ค & ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข.
MPCCSustAward2024 merupakan anugerah yang diwujudkan bagi mengiktiraf serta mengetengahkan amalan-amalan mampan di dalam kampus. Sebanyak 221 penyertaan bagi Pertandingan Smartgreen PolyCC dan 141 penyertaan bagi penulisan hijau.
Selain itu, penyampaian Sijil Kompetensi NCS-Z-050 Pematuhan Hijau kepada pelajar sulung yang telah menduduki penilaian melalui tiga pusat bertauliah cawangan (PBC) JPPKK, iaitu Politeknik Jeli, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) turut diberikan.
Pertukaran Surat Hasrat (LOI) kerjasama di antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Bersama dengan Tenaga Nasional Berhad turut diadakan.
-----------------------------------------------------------------
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ฐ๐๐ซ๐๐๐๐๐)
Saksikan siaran Langsung Majlis Perasmian Penutup MPCCSustAward2024 yang akan disempurnakan oleh ๐๐๐ซ๐ฌ. ๐๐ฌ. ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ข๐ง ๐๐ข๐ง ๐๐๐ฎ๐, ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก (๐๐จ๐ฏ๐๐ซ๐ง๐๐ง), ๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐๐ค๐ง๐ข๐ค & ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐ฉ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐, ๐ฃ๐๐ฆ ๐๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ข dari Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing melalui pautan:
https://www.facebook.com/share/v/rPFkwSxWtm9eGE5d/?mibextid=qi2Omg
.
UIGREEN MERIK 2023
Tarikh : 5 JANUARI 2023 โ 5 DISEMBER 2023
Nama : MPCC AWARD 2023
Tempat : WALDORF ASTORIA, DUBAI PALM JUMEIRAH
UI GreenMetric World University Ranking ialah kedudukan kampus hijau dan kelestarian alam sekitar yang dimulakan oleh Universitas Indonesia pada tahun 2010. Melalui 39 petunjuk dalam 6 kriteria, UI GreenMetric World University Rankings secara berhemat menentukan kedudukan mengikut komitmen dan inisiatif alam sekitar universiti.
Enam (6) Kriteria sebagai petunjuk nilai adalah seperti berikut :
I. Penetapan dan Infrastruktur (SI),
II. Tenaga dan Perubahan Iklim (EC)
III. Sisa (WS)
IV. Air (WR)
V. Pengangkutan (TR)
VI. Pendidikan (ED).
Kaedah pengiraan data bermula dengan pengumpulan data berangka dari universiti dan memproses data yang diberikan kepada satu skor yang mencerminkan usaha yang dilakukan oleh institusi untuk melaksanakan program mesra alam dan mampan. Universiti akan diberi kedudukan mengikut markah ini. Diharapkan penarafan ini berguna kepada pemimpin universiti dalam usaha mereka untuk melaksanakan dasar mesra alam dan mengurus perubahan tingkah laku dalam kalangan komuniti akademik di institusi masing-masing. Yang berketepatan dengan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025, pada teras kedua iaitu Pembangunan Mampan dan Lestari 2030.
Visi UI GreenMetric World University Rankings adalah untuk menjadi Kedudukan Universiti Dunia yang terbuka dan dihormati yang membawa impak yang mampan kepada universiti di seluruh dunia.
Misi UI GreenMetric World University Rankings ialah:
โข Menganjurkan Kedudukan Universiti Dunia tahunan mengenai kemampanan.
โข Menggalakkan amalan kemampanan di universiti di seluruh dunia.
โข Menyediakan perkhidmatan berkaitan kemampanan untuk universiti di seluruh Dunia.
โข Memudahkan perkongsian antarabangsa mengenai kemampanan.
UIGREEN MERIK 2023
Tahniah & Syabas POLYCC khususnya kepada Warga Kolej Komuniti Segamat 2
UIGM World University Ranking adalah platform untuk mengukur usaha kelestarian serta kemampanan institusi Pendidikan. Sebanyak 1183 institusi daripada seluruh dunia telah menyertai penilaian ini dan 43 daripadanya merupakan institusi Pendidikan di Malaysia.
Pada tahun ini, sebanyak 21 buah politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, berbanding hanya 11 buah institusi pada tahun lepas. Semoga segala usaha dan pengiktirafan peringkat antarabangsa ini dapat memberikan impak yang positif terhadap amalan hijau dan mampan di POLYCC. Kolej Komuniti Segamat 2 berjaya di kedudukan 1151. Tahniah.
https://www.facebook.com/smartgreenpolycc
MCCSustAWARD23
Tarikh : 20 Februari 2023 โ 26 September 2023
Nama : MPCC AWARD 2023
Tempat : Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - POLIMAS
Sebagai peneraju institusi TVET Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti JPPKK berusaha memastikan agenda matlamat pembangunan mampan 2023 dapat dicapai. Pengurusan Pendidikan dan penyelidikan mampan dilihat sebagai satu cara untuk memampankan institusi kondusif berteraskan Pelan Strategik Politeknik Dan Kolej Komuniti 2018-2025. Blueprint Smartgreen Polycc 2022-2026 (BSGPC) juga dibangunkan dengan visi untuk memperkasakan budaya hijau dan melestarikan politeknik dan kolej komuniti. Hala tuju yang strategik dan praktikal dicapai merupakan tonggak utama kejayaan visi blueprint ini. Hala tuju ini adalah berpandukan perlaksanaan aktiviti tujuh (7) bidang tumpuan yang perlu dilaksanakan secara seiring dan saling menyokong antara satu sama lain
1. Anugerah Smatgreen PolyCC yang Berjaya dirangkul adalah seperti berikut :
i. TEMPAT KE- 3
Anugerah Pembentang Penyelidikan Terbaik
Kategori Pendidikan dan Penyelidikan
ii. TEMPAT KE 4
Anugerah Penyelidikan Terbaik
Kategori Pendidikan dan Penyelidikan
iii. TEMPAT KE 3
Anugerah SmartGreen PolyCC 2023
iv. TEMPAT KE 2
Kategori Pengurusan Lanskap Hijau PolyCC 2023
v. TEMPAT KE 2
Kategori Penjimatan Tenaga Elektrik PolyCC 2023
SIJIL & SURAT INSTITUSI HIJAU 2023 DAN PENGHARGAAN
Tarikh : 1 JANUARI 2023 โ 1OKTOBER 2023
Nama : ANUGERAH INSTITUSI HIJAU
ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN DAERAH SEGAMAT
Tempat : SEGAMAT MALL 2023
Menerima jemputan menyertai pertandingan Anugerah Institusi Hijau, Unit Smatgreen KKS2 telah menghantar penyertaan dan telah mendapat Anugerah Khas Kategori Inovasi dan Kreatif
PENGIKTIRAFAN PENILAIAN PENARAFAN 4 BINTANG BAGI PROGRAM JALAN ANGKAT PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT BAGI TAHUN 2023
Tarikh : 28 Disember 2023 (Khamis)
Nama : Majlis Aspirasi Johor Bersih @ Segamat
Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat.
Pengiktirafan Penilaian Penarafan 4 Bintang bagi Program Jalan Angkat Peringkat Majlis Perbandaran Segamat bagi tahun 2023. Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh YB Datoโ Zahari bin Sarip, Exco Kanan Negeri Johor kepada Pengarah KKS2, Pn. Nor Dalila binti Abd Rahman pada Majlis Aspirasi Johor Bersih @ Segamat hari ini di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat.
PROGRAM 3R
Tarikh : 1 MEI 2023 โ 28 DISEMBER 2023
Nama : ANUGERAH INSTITUSI HIJAU
ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN DAERAH SEGAMAT
Tempat : SEGAMAT MALL 2023
Jawatankuasa Kerja Green KKS2 telah ditubuhkan pada awal tahun 2022 dengam hasrat untuk menyahut seruan KPT untuk menerapkan kelestarian hijau di kampus. Oleh itu, peranan Unit ini adalah sebagai platform untuk menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan pembudayaan hijau di Kolej Komuniti Segamat 2. Antara program yang dirancang dalam tahun 2023 adalah seperti berikut:
i. Webinar Waste2Wealth (W2W)
ii. Pertandingan e-inovasi 3R
iii. Promosi penjimatan Air/Elektrik/Kertas) secara berkala
iv. Pertandingan Anugerah Rakan Hijau
Agenda pembangunan mampan ini mendapat sambutan baik dan positif daripada semua warga agar Kolej Komuniti Segamat 2 akan terus cemerlang dalam era globasisasi yang mencabar ini bagi mewujudkan budaya hijau dan melestarikan KKS2 dalam melahirkan individu kolar Hijau selari dengan matlamat transformasi PolyCC serta menjadikan Malaysia sebuah negara Maju berpendapatan tinggi dan Rendah Karbon Dioksida pada tahun 2025.
MISI PROGRAM
Membudayakan โGaya Hidup Lestari & Sihatโ
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program ini adalah seperti berikut;
i. Mempromosi budaya hijau dalam kalangan warga KKS2
ii. Memupuk budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan KKS2.
iii. Mengembangkan kebolehan dan rekacipta dalam bidang Green Technology
IMPAK PROGRAM
Melahirkan warga KKS2 mempunyai harga diri yang tinggi cenderung meningkatkan persekitaran kerja yang sihat dan membudayakan teknologi hijau secara berterusan. Kesanggupan mengambil risiko yang cerdas kerana yakin pada idea dan kecekapan diri untuk menghadapi cabaran baru sambil berprestasi. Sentiasa bersemangat dan bermotivasi dalam apa jua keadaan cabaran yang mendatang.
6 TIP AMALAN HIJAU DI PEJABAT
KEMPEN JOM JIMAT ELEKTRIK
Kempen Penjimatan Elektrik Berserta Voice Over Yang Diperdengarkan Setiap Pagi dan Sebelum Balik
sebagai Peringatan Kepada Warga KKS2 & Aktivti penjimatan elektrik (pada waktu rehat)
Impak Program
Jabatan
i. Pengurangan dalam perbelanjaan pembayaran bil utiti (elektrik). Berdasarkan data menunjukan perbezaan
pengurangan bil elektik selepas 6 bulan program dilaksanakan iaitu bermula Januari 2023 hingga Julai 2023
sebanyak RM 17,229.88 berbanding 6 bulan sebelum program.
ii. Menyokong Halatuju Dasar Penjimatan Tenaga Elektrik Jabatan (SmartGreen PolyCC)
Kakitangan
i. Meningkatkan kesedaran dan keprihatinan warga dalam penjimatan elektrik
ii. Menggalakkan amalan lestari kepada warga institusi dalam mencapai halatuju program Green institusi.
TAKLIMAT EWASTE
PERTANDINGAN eINOVASI
PERTANDINGAN INCASD
MCCSustAWARD22
Tahniah diucapkan kepada Unit Green KKS2 & warga KKS2 diatas pencapaian menjadi Johan Kategori Lanskap peringkat Kolej Komuniti & Naib Johan bagi keseluruhan Kolej Komuniti di pertandingan Malaysian Polytechnic & Community College (MPCC) Sustainable Award 2022.
Johan Kategori Lanskap peringkat Kolej Komuniti
Naib Johan bagi keseluruhan Kolej Komuniti