1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau Setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Program Sijil Teknologi Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali.
Terdapat 4 modul bagi program iaitu Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan dan Kawalan Mesin Elektrik dan Pemasangan Elektrik Industri.
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut :
Juruelektrik
Juruteknik Elektrik
Penolong Penyelia Elektrik
Usahawan
Menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara.
Program ini percaya bahawa semua individu berpotensi menjadi juruteknik yang berkebolehan dan dapat menyesuaikan diri untuk menyokong aspirasi negara dalam menyediakan tenaga kerja teknologi kejuruteraan.