Syarat Am Kemasukan

       1. Warganegara Malaysia

       2. Tidak buta Warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

       3. Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam program.

                 - Sijil Teknologi Elektrik.

                 - Sijil Pemasangan Elektrik.

                                                                                                                                   ATAU

Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya Kepujian dalam TIGA (3) MATA PELAJARAN termasuk MATEMATIK dan SATU (1) MATA PELAJARAN sains/teknikal/vokasional dan lulus BAHASA INGGERIS.  

 

Tempoh Penngajian

6 Semester / 24 Bulan

 

 SINOPSIS

Program ini direka bentuk untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang teknologi semasa dalam bidang solar fotovoltan di mana pelajar didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan terkini. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
2. Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-peraturan Elektrik
3. Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal dan Tiga Fasa
4. Asas Elektrik, Asas Elektronik dan Sistem Bekalan Kuasa Elektrik
5. Reka bentuk Terbantu Komputer dan Kemahiran Penyeliaan

 

 PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Solar Fotovoltan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang elektrik. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Juruteknik Solar Fotovoltan
Pembantu Perekabentuk Sistem Solar Fotovoltan
Juruteknik Elektrik
Juruelektrik
Usahawan