Majlis Program Lawatan Penilian Akreditasi Penuh TTAS MBOT bagi Program Sijil Teknologi Elektrik & Sijil Teknologi Senibina❤️

16 & Mac 2022 (Rabu & Khamis)

Warga KKS2 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pegawai dan panel TTAS MBOT yang telah sudi hadir bagi menjalankan penilaian ke atas dua program ini. Semoga dengan penilaian ini dapat menjadikan Kolej Komuniti Segamat 2 sebagai platform terbaik melahirkan graduan-graduan TVET yang berjaya di peringkat yang tertinggi.

Tahniah dan syabas diucapakan buat Ketua Progam SKE & STS serta semua pensyarah, pegawai dan kakitangan sokongan KKS2 yang telah menjayakan Program Lawatan kali ini🙏🏻👏🏻

Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi